Tuesday, May 13, 2008

Nasihat dan motivasi

Sebagai pelajar sem 3 yang mengambil kursus pemasaran di Politeknik Merlimau, sem ini banyak memberi motivasi dan nasihat kepada saya di mana saya telah melakukan pelbagai kesilapan dan kesalahan di dalam kehisupan saya. Saya tidak melakukan tugas saya sebagai pelajar dengan sebaiknya. Banyak perkara yang saya telah lakukan sehinggalah ke tahap saya ingin menamatkan pelajaran saya di se mini, tetapi hakikatnya tindakan itu hanyalah akan mensia-siakan hidup saya shaja selain akan menghancurkan harapan keluarga kepada saya. Saya terlalu mengikutkan kehendak hati dan perasaan tanpa memikirkan akibatnya terhadap diri saya. Namun begitu, dengan sokongan dan nasihat daripada pensyarah dan rakan-rakan, akhirnya saya berubah sedikit demi sedikit. Walaupun perubahan itu hanya nampak sedikit demi sedikit, tetapi sekurang-kurangnya saya mampu berubah. Memang setiap manusia yang diciptakan olehNya tidak semuanya sempurna seperti saya. Tetapi itu bukan penghalang untuk tidak mahu berubah dan duduk ditakuk yang lama. Nasihat saya kepada sesiapa yang melayari blog ini, janganlah kamu terlalu mengikutkan kehendak hati dan perasaan kerana itulah yang akan membuatkan kamu menyesal selamanya. Sebaiknya fakirlah dengan sebaik mungkin dengan menggunakan fikiran yang waras untuk kita mengecapi kehidupan yang sempurna. Insyaallah, tuhan itu Maha Pemurah dan Maha Penyayang dan sentiasa memberikan yang terbaik untu hamba-hambaNya.

2 comments:

fq said...

poyo la kecik....
ingat kn sape la td...
nsb cam mka ko..

anam ahmad said...

hahaha...