aku yang masih kesepian. masih begini, tanpa seorang teman. aku perlukan seorang teman yang blh sayang da cinta pada diriku seadanya. seorang teman yang blh aku bercerita, yang blh berada di saat aku memerlukan. tapi, aku masih belum temui cinta itu. temui dia yang sayang dan cinta pada diriku. kenapa semua insan yang aku sayang pergi meninggalkan aku. adakah kerana harta? adakah kerana aku kurang kacak?
banyak soalan yang bermain di dalam fikiran yang masih belum terungkai. banyak perkara yang membuatkan aku binggung dalam kehidupan ini. adakah cinta itu perlu dicari? tapi dimana? org kata cinta itu juga telah ditetapkan, tapi kenapa aku masih belum menemuinya? adakah belum tiba masanya? bilakah masa itu akan menjelma? aku takut...
No comments:
Post a Comment