kenapakah aku jadi begini? apakah yang membuatkan ku jadi begini? adakah aku terlalu lemah sehingga aku blh jadi begini?aku takot dengan apa yang telah ku lakukan, tapi aku masih lakukannya. kerana apa? kerana nafsu!
aku ingin berubah, ingin sangat berubah. tak mahu jadi seperti ini lagi.tapi, setiap kali aku mahu berubah, ada saja halangan dan rintangan yang mendatang. aku juga ingin diberi kesempatan untuk mengenali diriku semula. aku juga ingin menjadi insan yang berguna dan dapat berbakti kepada keluarga.
aku tidak mahu lagi jadi seperti ini selamanya. dunia yang sgt sesat buat diriku. Ya Allah, berikanlah ku kesempatan untuk bertaubat kepadamu. aku hanya insan yang lemah yang tak pernah lari dari kesilapan dalam kehidupan ku. aku mahu bersih dari segala dosa yang pernah ku lakukan selama ini. dan menjadi insan yang berguna terhadap agama, bangsa, dan negara.
hanya Engkau tempat ku berserah dan hanya pada Mu tempat ku memohon petunjuk dan pertolongan...
No comments:
Post a Comment