Tuesday, December 24, 2013

Setahun di Kuala Lumpur

Dah genap setahun aku di kuala lumpur. Pelbagai perkara yang telah aku pelajari. Mahupun dari segi karier atau pun kehidupan. Selain itu, banyak juga rintangan yang telah ku rempuhi walaupun kadang kala ianya amat berat. Tapi, aku gagah kan juga demi menjadi seorang anak perantauan. Haha. Betapa poyonye aku.

Banyak juga orang yang aku kenal sepanjang aku berada di sini. Dengan kepelbagaian perangai dan tingkah laku. Aku pun ape kurangnye kan. Bercakap tak berenti dengan perangai yang agak annoying. Muahahaha. Tapi, takpe as long as orang selesa dengan aku. Aku ok je. 

Dah ramai kenal orang, banyak kali jugak la aku pindah rumah. Untuk setahun aku menetap di sini, dah 5 kali aku pindah rumah. OMG!! Aku memang hebat. Hahaha. Harap2 yang kali ni boleh tahan lama sikit lah. Sebab sekarang aku stay dengan kawan2 yang sekepala walaupun kadang2 bertekak. Aku rase tiap2 mase nak bertekak kot. Terutamanya aku. Hahaha. Biase la, aku ni kan memang kuat membebel. Nasib baik lah dapat kwan yang paham bahasa dan boleh tahan dengan perangai aku. Kalau x, dduk la sorang2 anam. Hahaha

Diam tak diam dah nak masuk 2014. Aku pun dah nak masuk 26 tahun. Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan untuk hidup di Bumi Allah. Oleh itu, azam baru kenalah ade. Macam2 benda yang aku dah plan untuk next year. Termasuklah bisness yang dah berkurun planning. Tunggu nak lounching je sebenarnye. Aku harap semuanya dapat berjalan dengan lancar. Insha Allah. 

No comments: